Tuan rumah beli rumah secara tunai. Tetapi Geran rumah hilang daripada Simpanan ...
Soalan :
Tuan rumah beli rumah secara tunai. Tetapi Geran rumah hilang daripada Simpanan tuan rumah. Dan sekarang tuan rumah nak jual rumah.
Jadi perlu buat permohonan Geran baru atau tak perlu?
Jika perlu berapa lama tempoh permohonan Geran baru?
Jawapan :
1) perlu mohon geran baru
2) tempoh dapat geran baru biasanya boleh jejak 9 bulan
Step untuk owner
1) owner buat repot polis berkenaan geran hilang & amek resit bayaran original (biasanya rm2)
2) owner kena buat surat akuan berkenaan geran hilang dan sign depan pesuruhjaya sumpah. (Bawak repot polis ke mana2 pesuruhjaya sumpah, dan pesuruhjaya sumpah akan sediakan surat akuan)
3) owner kena submit kat pejabat tanah apply geran baru :-
i) bayaran RM250.00;
ii) repot polis original & resit bayaran repot polis (biasanya rm2);
iii) salinan resit bayaran cukai tanah terkini;
iv) salinan resit bayaran cukai harta terkini;
v) salinan ic owner;
vi) surat akuan original (pesuruhjaya sumpah); dan
vii) Carian persendirian (land search) terkini.
Kena sentiasa follow up dengan pejabat tanah sbb kalau x, boleh jejak 9 bulan