top of page
Search

PENGECUALIAN DUTI SETEM PINDAHMILIK DAN PINJAMAN BAGI...


BELANJAWAN 2021 :


PENGECUALIAN DUTI SETEM PINDAHMILIK DAN PINJAMAN BAGI PEMBELIAN RUMAH PERTAMA BERHARGA BAWAH RM 500,000.00.


Bermula dari 1 JANUARI 2021 sehingga 31 DISEMBER 2025, Kerajaan Malaysia akan memberikan PENGECUALIAN duti setem sepenuhnya untuk suratcara pindahmilik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah PERTAMA dibawah RM 500,000.00.


Ini merupakan berita baik bagi semua pembeli rumah PERTAMA!


Sebelum ini, pembeli rumah PERTAMA hanya mendapat peremitan berjumlah RM5,000.00 untuk duti setem suratcara pindahmilik bagi pembelian rumah PERTAMA berharga di antara RM300,000.00 hingga RM500,000.00


Contoh:


Mulai JANUARI 2021:


Jika harga rumah adalah RM450,000.00, jumlah duti setem suratcara pindahmilik yang sepatutnya dikenakan adalah RM8,000.00 akan dikecualikan bagi pembeli rumah PERTAMA!


Ini adalah peluang keemasan yang menguntungkan Pembeli PERTAMA diluar sana kerana dapat menjimatkan kos setem duti suratcara pindahmilik dan juga perjanjian pinjaman!


Apa-apa pun, kita tunggu Warta Kerajaan yang rasmi ya untuk info yang lebih lanjut.


Sekian, terima kasih


Mohd Norzaki Yusop

Norzaki Yusop & Co.

28 November 2020



43 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page