
Had pengeluaran wang KWSP untuk rumah pertama.
Updated: Oct 17, 2020
Soalan:-
Saya hendak membuat pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah pertama. Ada sebarang had tak untuk pengeluaran KWSP?

Jawapan:-
Ada had.
Contoh Pengiraan Pengeluaran KWSP
Untuk jumlah yang boleh dikeluarkan, terbahagi kepada dua; individu dan bersama.
1) Pengeluaran individu
Jumlah pengeluaran adalah perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah; ATAU Semua simpanan Akaun 2.
Contoh:
a) Harga rumah RM300,000. Loan 90% (RM270,000)
10% x RM300,000 = RM30,000
Beza harga rumah: 300,000 – 270,000 = 30,000
Jumlah boleh keluar: Beza harga rumah + 10% = 30,000 + 30,000 = 60,000
Jadi, untuk kes ni, anda boleh keluarkan RM60,000. Kalau Akaun 2 anda tak sampai RM60,000, anda boleh keluarkan semua Akaun 2 tu.
Akaun 2 dah habis tapi belum cukup jugak, minta maaf anda tetap tidak boleh kacau Akaun 1.
b) Harga rumah RM300,000. Loan 100%
10% daripada harga rumah iaitu RM30,000 sahaja; ATAU Semua simpanan Akaun 2 kalau akaun tak cukup RM30,000.
Kenapa loan 100%, tapi dapat extra 10% lagi ye? Sebab nak beli rumah, ada lagi kos lain selain harga rumah seperti kos guaman, stamp duty, dan valuer. Extra 10% tu la anda boleh guna.
2) Pembelian rumah bersama
Ini kes rumah yang beli ada lebih satu nama selalunya suami isteri yang buat join loan.
Jumlah tetap sama iaitu: Jumlah pengeluaran adalah perbezaan d