Search

Apa dokumen yang diperlukan untuk membuat pengeluaran KWSP bagi pembelian rumah pertama?

Updated: Oct 17, 2020

Soalan:-


Apa dokumen yang diperlukan untuk membuat pengeluaran KWSP bagi pembelian rumah pertama?


Jawapan:-


Dokumen yang diperlukan:


1) Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL)(D5)

- Boleh isi secara online di i-akaun KWSP atau isi secara manual di pejabat KWSP.


2) Dokumen pengenalan diri (Mykad)

- Original dan 1 salinan


3) Maklumat Akaun bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun semasa membuat permohonan pengeluaran)


Dokumen sokongan:


1) Sale and Purchase Agreement (SPA);

- Original dan 1 salinan SPA Certified True Copy dari Peguam SPA


2) Letter of Offer Bank (Loan rumah)

- Original dan 1 salinan Certified True Copy dari Peguam Bank


3) Dokumen-dokumen lain yang diperlukan mengikut kes pembelian


Setiap kes pembelian, dokumen adalah berlainan. Kalau beli secara tunai, lagi banyak dokumen yang diperlukan. Sebaiknya, pergi dulu ke KWSP untuk dapatkan list dokumen untuk kes anda.


Contoh: Kes Pembelian Rumah yang ada “Consent”. Kena dapatkan “Consent” dahulu dari Pihak Berkuasa Negeri baru boleh apply untuk pengeluaran KWSP.


Setelah settle semua, dah submit semua dokumen, tunggu je bayaran.


Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda.


Jika dokumen anda lengkap, bayaran akan masuk dalam masa 14 hari bekerja (anggaran).


Senarai Dokumen (Pengeluaran KWSP)
.pdf
Download PDF • 192KB


10 views0 comments

Recent Posts

See All